Memanglah diketahui Habbatussauda itu ubat segala penyakit kecuali mati.
Tapi kalau dah sampai tahap gagal ginjal "kidney failure" baru nak
amalkan habbatussauda, alamat pengsanlah kawan tu. Di mana lagi
saringannya.
Cuci darah "dialisis" atau lakukan transplantasi organ adalah yang terbaik. Rujuk pakar.
Doktor yg 'alim ilmu herba akan berkata, "Mengapa tidak diamalkan habbatussauda
sebelum buah pinggang itu rosak? Kan ada proses terjadi penyakit atau
etiologi penyakit. Habbat kualiti tinggi ada zat antihipertensi,
diuretik dan renoprotektor (melindungi ginjal)".
Ilmu ini Nabi SAW
tak ajar sebab Nabi tahu manusia mampu berfikir. Kalau Nabi ajar juga maka
tak jadi Nabi lah. Jadi doktor. Padahal Nabi adalah utusan Allah.
Martabat yang tinggi.
Nabi ajar perihal yang akal manusia tidak mampu capai.
No comments:
Post a Comment